assalammualaikum
engkau nampak tu?
nampak lelaki tua yang kutip tin, tak terurus dan comot tu? yang berada di tepian kota metropolitan mencari tin-tin kosong untuk mengisi perut nya yang kecil supaya kenyang dan tidak meragam. yang melintas jalan tanpa di pimpin, yang kadang-kalanya hampir di langgar dan mencari kotak-kotak untuk di jadikan alas tempat tidurnya. siapa tahu jika dia membesarkan anak-anak yang sudah berjaya dan akhirnya di buang keluarga dan tidak di terima lagi. cuba membawa diri tetapi tidak tahu kemana kerana penyakit alzimernya dan mencari arah tuju dengan hanya mengikut arah kaki bergerak kemana. kesitulah. mati. matilah dia
engkau nampak yang itu?
nampak gadis cantik yang sedang menghisap rokok dan duduk di tepi-tepi lorong, memakai kasut setinggi tujuh inci, dan mini skirt yang hanya cukup menutup bahagian bawah punggung yang sexy sebagai daya tarikan pelanggan. itu lah yang di caci. tetapi hanya akan mendiamkan diri. tetapi masih melakukan perkerjaan yang jijik itu cuma siapa tahu jika mereka di jual seawal usia 12 tahun dan akan di pukul jika tidak mematuhi apa yang di tetap kan. dan akhirnya, di situlah dunia dia. di tempat keji yang penuh dengan dosa. kerana, jalan pulang masih nampak kabur.
engkau nampak kanak-kanak itu?
engkau nampak kanak-kanak yang sedang bekerja itu? yang kadang kalanya mengemis meminta-minta, menebalkan muka untuk mendapatkan sedikit makanan buat haritu. kerana siapatahu jika ibu dirumah sedang sakit, ayah pula entah kemana tinggalkan keluarga dengan perempuan lain.
engkau nampak lelaki itu?
berkaki tempang dengan muka yang hodoh. selalu di maki tetapi hanya tersenyum setiap kali. di pandang hina jika ke pasar membeli ikan apatah lagi di mata gadis-gadis. dan umurnya mencecah 39 tahun, bulan depan. masih bujang. tiada siapa mahu. siapa tahu, dia jadi sebegitu kerana cuba menyelamatkan ibunya yang lumpuh ketika kebakaran dan mukanya habis terbakar kakinya pula di himpap tiang.
engkau nampak orang kaya itu?
orang kaya yang dipandang tinggi dan disanjung setiap kali dapat membeli gadget-gadget terbaru apple. orang kaya yang memandu ferarri 458 berkuasa kuda yang sibuk ingin dimenantukan oleh setiap ibu bapa, agar senang hidup anaknya dan siapa tahu itu lah yang sebenarnya giat menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di dalam negara yang menyebabkan rosak semua remaja negara.
engkau nampak perempuan cantik tu?
perempuan yang digilai ramai lelaki. yang cantik dalam apa jua baju yang dipakainya. yang akan sentiasa nampak manis dan menyejukkan mata tetapi sebenarnya emak ayam yang menjual remaja-remaja perempuan lain. yang sebenarnya pisau cukur yang telah menipu ramai orang.
engkau nampak lelaki berserban itu?
yang di jadikan tempat merujuk ilmu agama. yang dipandang mulia dengan pakaian putihnya. yang sentiasa di jemput ke majlis-majlis untuk bacaan doa. yang sentiasa di jadikan contoh oleh orang ramai. siapa tahu dia akhirnya di tangkap kerana menyebarkan hadis-hadis palsu dan cuba untuk menyesatkan orang ramai dengan ajaran sesatnya.
wallahualam :)
No comments:
Post a Comment