Assalammualaikum, aku ada cerita. tapi rekaan semata-mata satu gambaran untuk beribu perasaan.
Ya inilah cerita aku. Cerita pendek untuk sajian semua.
Sabar dulu pergilah ambil segelas air, buat kau minum sambil membaca atau
mungkin secawan kopi panas-aku tak minum kopi; saja nak bagi tahu. Jadi, aku
sebenarnya tak tahu cinta itu satu perasaan yang kuat. Jadi, ambil lah jajan tu
buat kau kunyah sambil membaca.
Aku tak pernah tahu
ini akan terjadi pada diri aku. Jadi jemput baca. Tak tahu lah kalau pelik atau
bosan tapi bacalah.
Waktu tu, malam.
Dalam pukul 12
malam. Bintang lawa malam tu sebab aku ada dalam kawasan hutan. Sedang aku
melayan sorang mamat ni sebok dok bercerita. Aku pun terpandang seorang lelaki
sedang menaiki tangga. Eh hensem..
Bila dia keluar
dari dorm dia dengan muka sedikit basah dan aku tahu dia baru lepas ambil wudhu’
.
Saja lah nak tegur;
eh nak pergi mana ?
Saya nak pergi
solat isya’. Tak sempat nak solat tadi awak dah solat?
Aku terdiam. Sebab?
Sebab mana kawan lelaki aku nak tanya macam tu semuanya macam setan
perangainnya.
Aku cakap. Dah. Eh
memang aku dah solat eh waktu tu.
Tak berani
Aku mana berani nak
tegur dia. Yelah lelaki macam dia. Eh tapi aku dapat keberanian nak senyum
dekat dia. Al maklumlah aku sweet kan? Hahah.
Tapi satu hari. Aku
berani la nak tegur dia kat laman sosial.
Berani. Sebab tak
bertentang empat mata.
Lama kelamaan kami
jadi rapat. Makan, ke library semua sama-sama.
Tipu lah nak kata
aku tak suka dia, suka aku suka sangat
Tapi tak ke sedih
bila kita tak dapat mencintai orang yang mencintai kita jugak?
Sedih
Aku perempuan aku tahu
perasaan si dia. Aku redha lepas si dia jumpa aku cakap pasal teman lelaki dia
yang selama hari ni berkepit dengan aku. Bukan jumpa biasa-biasa dia merayu.
Aku faham. Memang
sakit bila belakang kita kita dapat tahu macam tu.
Masih lagi kawan
Tapi tak serapat
dulu. Tahu lah aku macam mana nak survive suka teman lelaki orang macam suka
suami orang lah. Sinarnya takkan nampak pun. Kau akan rasa kau jahat. Kenapa
sebok tumpang orang punya. Yang single ramai.
Aku rasa diri aku
sangat jahat. Mujur datang seorang lelaki yang sebenarnya memang selalu ada
dengan aku.
Baik, tinggi, semua
pakej ada. Malangnya aku sendiri tak tahu apa yang dia rasa pada aku. Tapi dia
pernah kata.
Awak;-awak ganas
ke, awak garang ke. Tak apa saya selesa.
Samalah macam yang
dia yang aku cintai tu pun. Cakap benda yang sama.
Pelik. Budak lelaki
sekarang pelik.
Satu hari dia baik
hati sangat nak ambil kan makanan aku. Aku duduk lah. Aku nampak dia. Baru
lepas solat. Dia sempat senyum dekat aku. Mungkin dia sendiri perasan aku dah lain
dengan dia. Asyik dengan kawan dia sahaja.;entahlah biarkan aku buang perasaan
aku jauh-jauh dulu sebabnya aku tak nak kusut lagi. Aku sebenarnya dah penat.
Tapi allhamdulilah
Tunggu untuk jodoh
yang baik itu berbaloi
Semuanya berbaloi.
Sekarang ni aku akan pergi ke makkah bersama dia.
Itu lah orang kata
berkawan dengan orang lain;bercinta dengan orang lain-kahwin dengan orang lain.
Aku bahagia sekarang.
Terima kasih dekat
dia sebab ada dahulu;sampai sekarang.
Jodoh itu rahsia
allah
Aku bersyukur. Sebab
mungkin aku tak dapat yang baik. Tapi aku dapat yang cukup baik untk diri aku
yang tak seberapa ni.
Tahu-tahu lah
dengan siapa.
Dia, dia dah
bahagia dengan si dia. Bagus lah kan bagus kalau aku tak muncul dari awal
sebenarnya.
Walaupun dulu aku
pernah mimpi dia.
Tapi yang ini pun
aku mimpi dia jugak.
Mimpi dia pegang
tangan aku dan pimpin aku. Aku redha atas apa pun jodoh aku. Tapi aku bersyukur
sebab dia.
Sedang sibuk
mengemas barang untuk ke makkah menunaikan umrah.;katanya hadiah anniversary
yang ke tiga bulan. Dulu;; zaman-zaman bercinta dulu anniversary ke tiga bulan
mesti dia akan bagi bunga.
Sekuntum
Sampai sekarang
lagi dia akan bagi sekuntum. Dia kata sikit2 lama2 jadi bukit;simpan bunga tu.
Aku simpan lah sayang aku yang bagi.
Sebab dia kata dia
sayang aku sampai mati
Jadi sabarlah
Insyaallah. Allah
tahu apa yang terbaik
Jadi sabar lah
Aku pun patah hati
jugak.
Tapi tak apa..
No comments:
Post a Comment