August 2, 2011

diri kita :)

kita lemah-kita tak dapat lari dari masalah dan kenyataan itu .
jangan ingat ohh aku hebat , maafla kau tak .
tak baik cakap macam tu , tuhan dah jadikan kita-dengan wajah , otak dan akal yang berbeza
kita tak cukup sempurna untuk berkata-yang sedemikian . tak baiklah kalau kita merendahkan orang-sedangkan di depan cermin ? ahh banyak betul kecacatan yang perlu di baiki . cuba kau duduk diam kau fham kan apa yang aku tulis ya , mungkin aku tak cukup baik untuk -berkata sebegini . tak salahkan kalau kita cuba perbaiki-diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik ?

seseorang yang melakukan kesalahan , dan tidak mengubanya , akan melakukan satu lagi kesalahan yang sangat besar .


bila kita bercakap tentang diri , setiap manusia mmpunyai personaliti yang sangat berbeza . yalah , itu kemampuan , kelebihan dan kelemahan diri , meletakkan-seseorang itu pada tahap mana yang dia mahu-jika akal dan otak dapat membantu-baik lah itu . tetapi-jikayang mmbantu itu nafsu serakah dan syaitan ? ahh . hancurlha segalanya-kerna aku juga manusia . aku faham dan aku sedar aku juga tak sesempurna mana2 manusia . aku juga lemah didalam sini . solat ku ? ahh tak usah kau cakap . tetapi aku cuba . aku cuba . perkataan cuba tak lekang dari bibirku ini .

hidup tidak semata2 ingin mencari cinta , tetapi hidup untuk merasa dan memelihara cinta adalah pentas kehidupan manusia yang sememangnya akan berkorban untuk cinta nya . cintanya pada kekasih , pada ibu bapanya , para rasul dan tuhannya .


bila manusia terikat dengan perasaan . nafsu dan syaitan  cuba merosakkan perasaan itu . dan bila manusia bertemu dengan cinta . akan terbentuk lah didalam hati satu perasaan yang sangat pelik .tetapi syaitan ? mngubah cinta yang suci itu pada cinta yang busuk . demi cinta yang suci ku rela korbankan kepentingan diri ? - lagu yang mengukir satu makna dalam perunahan cintaku pada si dia . tak pentinglah orang-disekeliling kerna aku sudah miliki apa mahuku - ingat tuhan . itulah yang bleh aku katakan . jangan cemarkan cinta-kejalan yang tidak sepatutnya . supaya kau dapat kawal hati dan perasaan kau sebagai seorang manusia ciptaannya . kita manusia biasa bukan ?





ingatlah orang tuamu selagi mereka ada
ingatlah kekasihmu selagi dia mncintai kamu
ingatlah tuhan mu yang mnunggu mu kembali pada mereka
lupakan lah kesedihan mu
basahkan dahi mu dengan wuduk
lembutkan hati keras mu
lembutkan hati keras kekasih mu itu
peliharalah hati orang tuamu ....

No comments:

Post a Comment