assalammualaikum
" semua benda jadi berantakan, sebab cemburu buta dia. dituduh sebagai kaki jantan, padahal apa yang aku buat semuanya di depan mata dia. kenapa tak pernah nampak? apa yang dah jadi? semua nya jadi berantakan kenapanya dia tak cuba untuk faham aku. bukannya aku curang tapi di tuduh menjadi sesuatu yang macam tu."
"semua benda jadi berantakan lepas kau pergi sana. bukan aku tak izin tapi aku tahu benda ni akan jadi terlalu susah. bukan aku tak percaya sayang, cuma kau dah tunjuk belang mu. cukup penat sabar, tapi kau tanak cuba. kenapa tak pernah nak bangga akan kehadiran aku dalam hidup mu?"
"semua jadi berantakan selepas kau kenal aku. kau berubah jadi se kacaknya. aku masih biasa. entah untuk aku atau siapa. cuba beri aku satu jawapan, apa bisa kita bertahan begini lagi?"
"semua jadi berantakan bila kau rasa aku ni melecehkan. cuma aku mahukan perhatian. kenapa layan aku dengan sedemikian? apasalahnya kalau kau berikan aku keistimewaan"
"semuanya jadi berantakan selepas "kawan" kamu yang itu muncul. semuanya. kamu tahu kenapa? sebab dia ada semuanya"
"semuanya berantakan"
"sebab kamu tak nak cuba mendengar"
"ego."
pelangi
"Mencari pelangi"
July 18, 2013
untuk kali ke sejuta
assalammualaikum
kali ni aku tak tahu
kenapa atau apa
sebabnya
aku rasa kecewa dan mungkin ada sebabnya. satu sebab yang paling munasabah adalah, aku mahu kan lebih.
kalau aku dah cuba yang terbaik tapi aku masih tak nampak jalan cerita yang cuba kau main,
maknanya
aku yang salah
aku yang salah sebab aku tak pernah nak luahkan apa yang aku rasa. mungkin sebab nya aku tak terluah, cuma aku pengen telan kesemuanya
aku yang salah sebab aku dah cuba
tapi kau tak nampak.
dan untuk kali yang kesejuta, aku mohon jangan lapkan air mata aku.
kali ni aku tak tahu
kenapa atau apa
sebabnya
aku rasa kecewa dan mungkin ada sebabnya. satu sebab yang paling munasabah adalah, aku mahu kan lebih.
kalau aku dah cuba yang terbaik tapi aku masih tak nampak jalan cerita yang cuba kau main,
maknanya
aku yang salah
aku yang salah sebab aku tak pernah nak luahkan apa yang aku rasa. mungkin sebab nya aku tak terluah, cuma aku pengen telan kesemuanya
aku yang salah sebab aku dah cuba
tapi kau tak nampak.
dan untuk kali yang kesejuta, aku mohon jangan lapkan air mata aku.
July 9, 2013
dan kita
Aku
risau tak tentu pasal. Aku takut tak bertempat. Sebab; paling munasabah kerana
aku perempuan.
***diam
Satu
benda yang kau kena tahu-;aku-kau, kita.
“aku sayang kau.” –perlahan
Tapi
aku masih ingat, atau kau yang sudah lupa.
“sayang, saya jadi
pen awak jadi kertas okay?”-kau 11:40 pm
“ok. Kenapa?”
11:41 pm
“sebab, saya
yang akan tuliskan kisah cinta kita. Biar kekal, biar tak ada siapa boleh
buang” 11:42 pm
“tapi kalau
ada orang ronyokkan, lepastu buang?”-aku 11:43
“samada, orang
itu awak atau saya. Atau ada sesuatu yang lain” 11:45
-diam
“samada, ianya
akan hilang di bawa arus hujan atau apa sahaja yang terjadi, kisah cinta kita
tak boleh di padam, biar di ronyok, biar di koyak.ianya ada tetap tertulis di
atas kertas itu”-dia 11:45
“liquid ada..”
11:46
“kalau di
liquid sekali pun, ianya hanya untuk menutup sesuatu kecacatan yang terjadi.
Tapi jangan risau, saya akan tulis yang baru. Biar orang tahu, betapa
bahagianya cerita kita” 11:47
“bagaimana
awak pasti?”-aku 11:48
“sebab sayakan
pen. Bukan pensel” 11:49
-diam
-diam
......
“sebab, macam
mana orang nak buang tulisan di atas kertas? Tak. Tak mungkin boleh. Sama macam
kita. Tak mungkin kita, akan mudah lupakan kita. Kan sayang?”-dia 11:53
“berapa helai
agaknya digunakan buat tulis cerita kita ni kan sayang”-aku 11:54
“tak kisah
berapa helai, berapa buku, berapa jilid. Kalau saya terpaksa lukiskan. Saya
akan lukiskan. Pakai pen. Eh,tak. Mungkin marker. Biar orang tahu saat bahagia
kita. Biar orang tahu yang saya happy”-dia 11:55
“tapi siapa pulak
nak tahu, bila kita sedih, sakit hati, marah, iri hati dan semua sekali?” 11:56
“sayalah : )”
11:57
“kenapa awak
sahaja?” 11:58
“sebab apa pun
jadi di masa hadapannya, atau apa sekali pun puncanya. Saya nak bagi awak ingat
saat manis kita sahaja. Yang pahitnya biar saya.ok sayang?”-dia 11:59
“ok sayang..i
love you.”-aku 12:00 am
Dan
Susah
Sebab
aku perempuan, aku susah cari jawapan untuk semua soalan. Aku hanya tahu
bertanya. Kadang-kadng aku biarkan soalan itu supaya aku tak perlu jawab lagi.
Tapi
mungkin kau lain, kau lelaki. Kau tak perlukan penjelasan.
Kerana
kau nampak semua benda dengan jelas-jadi kau tak perlukan soalan atau jawapan.
Tapi
mungkin kau nak,
Jawab
soalan aku..
“kenapa kau
tinggalkan aku?”
Kau
tipu...
Subscribe to:
Posts (Atom)